Sunday, 24 April 2016
Pembelajaran Abad 21
Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21: Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan
ReplyDeletePERKONGSIAN MAKLUMAT TEKNOLOGI PEMBELAJARAN SECARA MOBILE TERKINI DARIPADA SASBADI HOLDING BERHAD UNTUK SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI MELAKA.
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk pekara diatas.
2. Dimaklumkan bahawa MindTech Education Sdn. Bhd. Merupakan anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad telah membina Satu (1) platform Mobile-Pembelajaran untuk Sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), dan Sekolah Menengah dalam usaha memacu Pendidikan Negara ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing.
3. Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Perkara 7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Perkara 9 dimana Pelan Pembangunan berkenaan telah menggariskan untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan sektor swasta secara meluas.
4. Berdasarkan perkara ini, Sasbadi telah mewujudkan i-LEARN Ace yang merupakan portal Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif secara “online” atau “offline”. Portal ini mempunyai beberapa fungsi yang boleh menghubungkan antara pelajar, guru dan ibu bapa. Selain itu, Guru-guru dan pelajar juga tidak perlu membawa sejumlah buku yang banyak kerana didalam portal ini disediakan nota terbitan Sasbadi, Kamus dengan 50,000 entri, 100,000 soalan berpiawaian peperiksaan untuk latih tubi pelajar dan banyak lagi yang bernilai ribuan ringgit.
5. Namun dengan menggunakan pakej i-LEARN Ace ini, pihak tuan hanya perlu mengeluarkan RM350.00 sahaja. Sehubung dengan itu, Kami ingin membuat penerangan yang lebih terperinci untuk pihak tuan. Sila hubungi Pn. Hasnurul Nazimah binti Hashim ditalian 0196594323 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Segala kerjasama yang tuan berikan dalam pekara ini amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.