Tuesday, 26 April 2016
Monday, 25 April 2016
Pelancaran NILAM
Februari 2016.. Majlis pelancaran NILAM telah dirasmikan pada 17 Februari 2016 oleh Encik Nor Hashim bin Haji Hasan Ketua Pengarah Pengarah BTPN Melaka.
Jom Baca Bersama
Sunday, 24 April 2016
MATLAMAT DAN OBJEKTIF NILAM
Matlamat
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.
Objektif
- membina tabiat membaca
- mengalakkan sekolah menjana idea kreatif dalam kalangan pelajar.
Lirik Lagu NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Komponen Program NILAM
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Rasional nilam
Rasional program Nilam
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
Definisi nilam
Definisi Nilam
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Ciri-ciri Guru Abad ke 21
1. Menguasai subjek guru haruslah menguasai
kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika
guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam
subjek yang diajarnya.
2. Mahir dan
Berketrampilan dalam PedagogiGuru haruslah mahir dalam
menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul
semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi MuridPsikologi pendidikan juga
menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan
muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu
untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Memahami Psikologi PembelajaranGuru abad 21 juga berupaya
untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu
seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai
kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelba1. Menguasai SubjekGuru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
6. Penggunaan Teknologi TerkiniMemang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.gai lagi perkara yang menjadi
masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang
memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan
luar bilik darjah.
x
Pembelajaran Abad 21
Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21: Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Lencana sekolah dan keterangan
1. Ditubuhkan pada tahun 1958
2. Tarikh dirasmikan pada 07 Mei 1981 bersamaan 2 Rejab 1401 Hijrah.
WARNA-WARNA DALAM LENCANA SEKOLAH
Biru - Disiplin yang kuat
Kuning - Sifat kesopanan dan kesusilaan yang tinggi
Putih - Kesucian dan kebersihan fizikal dan mental
Merah - Semangat ketabahan dan kegigihan dalam mencapai kecemerlangan
MAKNA SIMBOL DALAM LOGO SEKOLAH
Obor - Kepentingan ilmu sebagai penyuluh kehidupan dalam setiap masa
Atom : Penekanan yang kuat terhadap pembangunan sains dan teknologi
Rantaian bulatan : Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum
Gulungan benang : Kemahiran hidup sebagai satu elemen yang penting dalam kehidupan seharian
Matahari - Perspektif sekolah yang gemilang dalam usaha mendidik bangsa
Mutiara Kata
" Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan "
" Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri . "
" Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana . "
" Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan . Kejayaan membawa kepada impian "
" Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan "
" Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan "
" Setiap yang berakhir akan bertukar menjadi permulaan "
" Ilmu sains boleh mengukuhkan lagi keimanan kita, kecuali jika mata hati kita tertutup dan kita terpesong daripada prinsip dan intisari Islam yang sebenar - Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad "
" Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan "
" Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan "
" Setiap yang berakhir akan bertukar menjadi permulaan "
" Ilmu sains boleh mengukuhkan lagi keimanan kita, kecuali jika mata hati kita tertutup dan kita terpesong daripada prinsip dan intisari Islam yang sebenar - Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad "
Objektif sekolah
1. Memupuk nilai, sikap yang positif dan semangat cinta akan sekolah dalam kalangan pelajar.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.
3. Melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, kreatif dan inovatif, berpengetahuan dan berketerampilan.
4. Meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk semua pelajar.
5. Membentuk individu yang intelek dalam bidang Sains dan Teknologi seiring dengan tuntutan globalisasi.
6. Menyusun strategi ke arah pedagogi berkesan.
7. Mempertingkat pengintegrasian teknologi maklumat dalam P&P .
8. Mengamalkan budaya penyelidikan secara berterusan.
9. Menggilap keupayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar MPV selaras dengan tuntutan pasaran pekerjaan.
10. Mengiktiraf sumbangan guru, staf sokongan dan murid yang berprestasi tinggi melalui 'Hari Inovasi' .
11. Meletakkan sekolah ke tahap kepercayaan dan kebanggaan masyarakat.
Moto sekolah
ILMU SULUH KEHIDUPAN
BERSATU MENCAPAI KECEMERLANGAN,
BERSAMA MEWUJUDKAN YANG LEBIH BAIK,
BERANI MENEROKA HORIZON BARU
Visi sekolah
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Lagu sekolah
KAMI ANAK SERI
Kami seluruh anak seri
Berjuang membela diri
Amalkan budaya kualiti
Menjunjung tinggi nilai murni
Agenda kita belum selesai
Piagam mesti dicanai
Walaupun ditempuh ombak badai
Yakin boleh pasti dicapai
Restuilah kami oh Tuhan
Mohon diberi kerahmatan
Wawasan menjadi idaman
Agar kita tetap gemilang
Oh guru ibu bapa kami
Berilah bimbingan ilmu dan bakti
Akhlak mulia berbudi tinggi
Kamilah anak bestari
Inilah harapan wawasan
Pencapaian jadi ukuran
Membangun diri masa depan
Ilmu SULUH kehidupan
Sejarah sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan terletak kira-kira 2 km ke arah Timur Laut Bandar Alor Gajah dan 17 km ke utara Bandar Melaka, iaitu di persimpangan Kampung Pengkalan ke Hutan Percha. Berhampiran sekolah ini terdapat sebatang anak sungai yang bernama Sungai Pengkalan yang menghala ke selatan.
Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1958 di kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah 1 untuk menampung keperluan pelajaran menengah di kawasan sekitar Alor Gajah. Sekolah ini merupakan sekolah menengah pertama di daerah Alor Gajah. Jumlah pelajarnya pada tahun itu ialah seramai 200 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 7 orang. Pengetua yang pertama bernama En J.A.R. Wellington.
Pada tahun 1960, sekolah tersebut telah dipindahkan ke bangunan baru di Kampung Pengkalan (dalam kawasan SMT sekarang), kira-kira 1.0 km dari Pekan Alor Gajah. Pada masa itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (Inggeris) Alor Gajah. Ketika itu, terdapat 5 buah bilik darjah, 2 buah bilik Sains Rumah Tangga, 2 buah Makmal Sains, sebuah bilik Seni Perusahaan dan sebuah Bilik Guru. Pengetua sekolah ketika itu ialah En. Yeoh Teng Khoo. Pada tahun inilah kumpulan pelajar yang pertama telah menduduki peperiksaan “Lower Certificate of Education (LCE)”.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah berjaya menerbitkan majalah sekolahnya yang pertama yang diberi nama “SULUH” . Kemudian, pada tahun 1962, En. Yeoh Teng Khoo telah diganti oleh En. P.N Subramaniam sebagai pengetua sekolah ini. Pada tahun ini juga buat kali pertama pelajar-pelajar sekolah ini telah mengambil Peperiksaan Senior Cambridge. Pada tahun 1963, jumlah pelajar bagi sekolah ini telah meningkat kepada 773 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 25 orang (seorang daripadanya siswazah), 3 orang guru Agama Islam dan seorang guru sukarelawan Amerika Syarikat.
Pada tahun 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan buat kali pertama di sekolah ini. Pengerusinya ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Hassan J.P. Seterusnya pada tahun 1977, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru iaitu bangunan yang ada sekarang. Bangunan lama di Kampung Pengkalan telah diserahkan kepada SMT Alor Gajah.Sehubungan dengan itu, sekolah ini telah mendapat nama baru, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan dengan kawasan 10 ekar.
Pada awal penubuhan, sekolah ini menganjurkan dua sesi persekolahan. Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 di sebelah petang, sementara Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 pada sebelah pagi dan mempunyai dua aliran , iaitu Sains dan Sastera. Tenaga pengajarnya pula ialah seramai 11 orang guru siswazah, 3 orang guru terlatih HSE dan 31 orang guru terlatih OSC/LCE/SPM. Pada Julai 1986, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdul Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka.
Untuk memenuhi tuntutan pembangunan kerohanian, SMK Seri Pengkalan juga mempunyai sebuah surau yang tersergam indah. Kewujudan surau ini membolehkan warga SERI menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Murid beragama Islam menjadikannya sebagai tempat untuk mendalami dan menghayati ajaran Islam. Surau ini telah dirasmikan pada 17 Mei 1995 oleh Datuk Hj. Mohd Zin Hj. Abdul Ghani, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu.Sebuah Bilik Gerakan yang mampu menempatkan ruang mesyuarat juga merupakan antara kemudahan utama di sini. Bilik Gerakan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 20 Ogos 1989. Selain kemudahan di atas, PIBG juga telah mengadakan inisiatif untuk membantu mewujudkan prasarana yang lengkap bagi meningkatkan tahap keselesaan, keindahan dan keceriaan sekolah.
Pada tahun 1999, Pentas dan Anjung SERI dibina untuk dijadikan tempat perhimpunan dan berkumpul bagi meraikan majlis-majlis tertentu. Perhimpunan rasmi setiap minggu juga diadakan di sini. PIBG juga telah membantu meningkatkan kemudahan dan keselesaan untuk para pendidik dan kakitangan dengan membina bilik guru dan ruang makan guru di kantin sekolah telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
Memenuhi tuntutan ibu bapa yang ingin mengoptimumkan potensi kanak-kanak istimewa, maka Kelas Pendidikan Khas telah dibuka pada tahun 1998. Kelas ini menawarkan khidmat guru yang terlatih khusus untuk mengasuh kanak-kanak istimewa. Seramai 8 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan ditempatkan di bilik Pendidikan Khas yang mendapat peruntukan Jabatan Pendidikan negeri.
Bagi memenuhi keperluan bilangan pelajar yang kian meningkat maka tiga buah bangunan baru telah dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan. Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains Tulen telah dibina dengan diikuti oleh bangunan baru Blok E yang mula digunakan mulai tahun 2000. Hal ini menjadikan jumlah kelas yang ada sebanyak 32 buah kelas dengan 60 orang tenaga pengajar. Sebanyak 4 buah rumah guru juga telah dibina pada tahun 1994 untuk kemudahan penginapan mereka yang memerlukannya.
Pada tanggal 27 Jun 2002, Dewan SMK Seri Pengkalan telah siap dibina. Pembinaan dewan tersebut bermula pada bulan Jun 2001 dan dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Julai 2002. Dewan tersebut dapat menampung 2000 orang pelajar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. pada tahun 2011, kabin yang terdiri daripada 2 buah kelas dibina untuk mengatasi masalah kelas terapung. Manakala pada tahun 2012, 6 buah kelas daripada 2 blok kabin dibina untuk menampung jumlah kelas terapung.
Kini, SMK Seri Pengkalan mempunyai 1393 orang pelajar, 96 orang dan 19 orang pekerja. Jumlah kelas yang ada sehingga tahun 2014 ialah 40 buah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan hinggalah Tingkatan Lima.
Subscribe to:
Posts (Atom)