Bermula tahun 2014, SMK Seri Pengkalan mengadakan Program Galakan Membaca. Membaca di tapak perhimpunan selama dua puluh minit. Catatan NILAM dibuat semasa program tersebut. Pada tahun 2015, program tersebut diteruskan namun lokasinya diubah ke dalam kelas. Program tersebut bermula seawal jam 7.20 pagi sehingga jam 8.00 pagi. Murid-murid membaca bersama-sama guru tingkatan.
Program Gemilang NILAM ini diharap dapat menyemai dan memupuk tabiat membaca dalam kalangan warga SERI.